Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej untuk menuntut hadiah berupa wang tunai yang kembali tular dalam laman sosial. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Waspada taktik curi data perbankan guna SMS aplikasi niaga

SHAH ALAM, 23 OKT: Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) aplikasi perniagaan (fail.apk) untuk mencuri data perbankan.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersialnya memaklumkan pelaku yang menyamar sebagai peniaga dalam talian akan menghantar SMS berserta pautan dan meminta mangsa membuka aplikasi tersebut.

Jelasnya, mangsa seterusnya akan membuat bayaran seperti diminta dan tanpa sedar sebenarnya mendedahkan butitan peribadi serta perbankan untuk diakses pelaku.

“Sekiranya orang ramai memasang aplikasi yang diberikan oleh individu tidak dikenali, kandungan telefon bimbit boleh diperhatikan atau dikawal ‘scammer’.

“Aplikasi yang diberikan ‘scammer’ akan meminta kebenaran untuk mendapat akses penuh telefon bimbit mangsa dan boleh melihat kandungan serta mengawalnya,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mendedahkan jenayah penipuan dalam talian di negeri ini mencatatkan kerugian mencecah RM59.6 juta setakat Jun tahun lalu.

Jelasnya, jumlah kerugian melibatkan 1,354 kes dengan penipuan paling tinggi adalah Macau Scam.


Pengarang :