AGENSISELANGOR

Yawas pelawa ahli SMUE, SMIS tuntut baucar beli-belah

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 18 OKT: Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) boleh menuntut baucar Jom Shopping di Dewan Beringin Jalan SG 1/1, Taman Si Gombak, Batu Caves pada 28 Oktober.

Berdasarkan info grafik di Facebook Yayasan Anak Warisan Selangor (Yawas), tuntutan boleh dibuat mulai jam 9 pagi hingga 4 petang oleh penama dan waris yang berdaftar.

“Hanya penama dan waris yang berdaftar boleh membuat tuntutan baucar dengan membuat semakan menerusi laman sesawang https://smue.yawas.my/semakan/

“Selain tuntutan baucar, orang ramai boleh membuat pendaftaran baharu secara atas talian di https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php,” maklum agensi tersebut.

Jelas agensi itu orang ramai juga boleh membuat serahan dokumen bagi pendaftaran baharu di kaunter dengan memastikan borang permohonan lengkap disertakan salinan MyKad pemohon, MyKad waris, slip semakan daftar pemilih dan pengesahan mastautin.

Selain itu perkhidmatan serahan dokumen bagi tuntutan khairat kematian SMUE dan SMIS juga boleh dilakukan di kaunter.

Dalam Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) diperkemas dengan mendaftarkan mereka menerusi SMIS.

Penstrukturan semula SMUE turut meningkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150, dengan penambahan peruntukan RM10 juta untuk tahun ini.

 


Pengarang :