Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat pada 18 September 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

22 lesen peruncit benih padi ditarik balik, cegah manipulasi harga

SHAH ALAM, 16 NOV: Sebanyak 22 lesen penjualan Benih Padi Sah (BPS) milik peruncit ditarik balik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara setakat hari ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata operasi dilaksana bagi memastikan semua peruncit menjual benih padi sah mengikut harga ditetapkan selain mencegah kegiatan menyorok benih.

“Tempoh pelaksanaan OP BPS ini diadakan selama dua minggu mulai 7 sehingga 21 November dengan 20 lesen ditarik balik pada 7 November dan hari ini sebanyak dua lagi lesen ditarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan, kerajaan turut membuat penetapan harga maksimum jualan benih padi sah bagi setiap kampit 20 kg sebanyak RM40 bagi syarikat pengeluar

“Manakala RM45 pula ditetapkan bagi harga runcit bermula 20 Oktober lalu oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Penetapan harga dibuat untuk mengelak manipulasi harga benih padi sah di lapangan melalui pembelian tanpa had oleh pelbagai pihak,” katanya.


Pengarang :