AGENSISELANGOR

250 pemain golf antarabangsa sertai kejohanan remaja Selangor

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Negeri menganjur Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Selangor 2023 Siri 2 selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Seramai 250 pemain profesional dan amatur seluruh dunia dijangka menyertai pertandingan yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor.

Kerajaan Negeri juga menjayakan Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2023 pada 8 hingga 12 November depan.

Antara pemain tersohor yang menyertai pertandingan tersebut ialah Ervin Chang, Varanyu Rattanaphiboonki, Naoki Sekito, Gavin Green dan Deyen Lawson.

Pada 5 Januari lalu, Selangor menjayakan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2023 Siri 1 yang disertai 105 pemain remaja.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bersetuju menjadi penaja utama kejohanan yang bertujuan menggilap bakat muda dalam sukan terbabit.


Pengarang :