Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar meninjau lokasi banjir di daerah Marang pada 21 November 2023. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu
AGENDANASIONAL

621 mangsa banjir di Terengganu ditempatkan di 12 PPS pagi ini

KUALA TERENGGANU, 26 NOV: Banjir di Terengganu berkurangan sedikit pagi ini dengan 621 mangsa daripada 147 keluarga masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah setakat 8 pagi, berbanding 628 mangsa daripada 149 keluarga, malam tadi.

Di Kuala Terengganu, 232 mangsa daripada 61 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala di Besut 196 mangsa daripada 43 keluarga berlindung di sebuah PPS, manakala di Dungun 62 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di dua PPS dan Marang 69 mangsa daripada 18 keluarga berada di dua PPS.

Di Kuala Nerus pula 33 mangsa daripada enam keluarga berlindung di enam PPS manakala di Setiu, hanya 14 mangsa daripada tiga keluarga masih berada di tiga PPS.

Di Kemaman 15 mangsa daripada empat keluarga berlindung di sebuah PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Labohan.

Sementara itu paras air sungai di stesen utama negeri ini berada pada tahap normal kecuali di stesen Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri yang berada pada tahap waspada.

– BERNAMA


Pengarang :