Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menutup sementara beberapa kawasan berbahaya di air terjun Bukit Lagong kepada orang awam sehingga dimaklumkan semula. Foto Majlis Perbandaran Selayang
PBTSELANGOR

Air terjun Bukit Lagong ditutup sementara untuk selenggara

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menutup sementara lokasi riadah air terjun Bukit Lagong kepada orang ramai untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

Pihak berkuasa tempatan tersebut memaklumkan langkah terbabit diambil berikutan beberapa kejadian lemas yang berlaku sebelum ini, termasuk yang terkini pada 27 Ogos.

“MPS kini dalam proses meletakkan tali pada air terjun dan batu sungai yang besar agar tiada pusaran air di lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi.

MPS turut menjelaskan pemantauan berkala dilakukan melalui kontraktor penyelenggaraan bagi memastikan tiada aktiviti mandi-manda sepanjang penutupan lokasi tersebut.

“Setakat ini, pengunjung mandi di kawasan selamat dan bukan di lokasi yang dipasang tali kuning,” katanya.

 


Pengarang :