Pemain ragbi kebangsaan Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli, 30, (kiri) dan Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, 26 gembira setelah menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-47 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Atlet ragbi bijak urus masa, berjaya seiring dalam sukan, akademik

SERDANG, 29 NOV: Dua atlet ragbi negara antara penerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47 sidang dua hari ini.

Penerima Bacelor Pendidikan Jasmani Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, 24, berkata pembahagian masa belajar dan menjalani latihan sebagai atlet antara cabaran utama sepanjang pengajiannya.

“Bahagikan masa memang mencabar. Tapi sebenarnya belajar dan sukan ini kena ada minat dan kesungguhan. Pada saya pelajaran sangat penting dan bakat sukan itu satu kelebihan.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-47 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Jadi kena bijak bahagi masa supaya tidak ketinggalan dan dapat habiskan pengajian dalam tempoh sepatutnya,” kata pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini ketika ditemui.

Bagi Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli, 30, komunikasi dan hubungan baik terutama dengan pensyarah membantunya membahagikan jadual belajar dan latihan dengan baik.

Penerima Bacelor Pendidikan Jasmani dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.2 ini berkata jadual latihan sukan yang padat bukan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik dalam pelajaran.

Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-47 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Alhamdulillah saya kini bergelar jurulatih ragbi di sebuah sekolah berasarama penuh dan ini buktinya pelajaran dan sukan itu boleh diseimbangkan jika kita memandang serius kepentingan kedua-duanya,” katanya.

Majlis Konvokesyen UPM ke-47 sidang dua berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini menyaksikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan ijazah kepada 1,066 graduan.

Tengku Amir Shah yang juga Pro Canselor universiti menyerahkan ijazah kepada graduan peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana dan Sarjana Muda dari pelbagai bidang pengajian.

Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ceria pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-47 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :