AGENSISELANGOR

Bayar perkhidmatan PBT di CEPat, peluang menangi iPhone 15 Pro

SHAH ALAM, 29 NOV: Semudah membayar perkhidmatan pihak berkuasa tempatan melalui aplikasi Citizen E-Payment (CEPat), orang ramai berpeluang menangi iPhone 15 Pro.

Bermula hari ini hingga 29 Februari depan, peraduan CEPat-CEPat Menang turut menawarkan 36 lagi hadiah menarik kepada mereka yang bertuah.

“Mudah saja, anda hanya perlu melakukan pembayaran cukai taksiran atau pintu, sewaan, lesen, kompaun dan parkir melalui aplikasi CEPat bermula 29 November hingga 29 Februari 2024.

“Bilangan transaksi yang terbanyak sepanjang tempoh penyertaan akan dipilih sebagai pemenang,” maklum penganjur peraduan CEPat-CEPat Menang di Facebook.

Muat turun aplikasi CEPat sekarang dan ikuti laman rasmi CEPat-CEPat Menang di Facebook untuk maklumat lanjut.


Pengarang :