Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama pengunjung Jelajah Kita Selangor Penyayang Daerah Petaling di Padang Permainan MBPJ pada 12 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Belanjawan 2024: Apa rakyat Selangor dapat?

SHAH ALAM, 11 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari semalam membentangkan Belanjawan Selangor 2024 berjumlah RM2.53 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan, belanjawan tahun depan mengariskan empat teras utama bagi menjayakannya.

Berikut antara manfaat utama yang ditawarkan kepada rakyat:

Bantuan Khas Kewangan

  • insentif dua bulan setengah gaji untuk penjawat awam negeri

Program TVET bernilai tinggi

  • tubuh Majlis Kemahiran dan Pekerjaan Selangor dengan peruntukan RM1 juta
  • tawar 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi dalam bidang makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, sains hayat, pengangkutan, serta mesin dan peralatan

Pengangkutan Awam

  • RM3 juta bangunkan Jajaran Rel Kita Selangor dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam
  • perluas perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) di semua PBT
EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi bergambar di hadapan van transit atas permintaan (DRT) Mobi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Jalan raya dan infrastruktur

  • RM145 juta tingkat jaringan jalan raya, laksana projek turap jalan mega pasang lampu jalan, lampu isyarat

Infra luar bandar

  • RM4 juta naik taraf infrastruktur usang seperti balai raya dan dewan orang ramai termasuk liputan jalur lebar percuma

Jamin bekalan makanan

  • RM40 juta sedia stok makanan (beras, ikan, daging) depani perubahan iklim
  • pelbagaikan bekalan makanan (kelapa, padi, pisang) kurangkan import luar negara
Orang ramai membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang pada 2 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Berdaya usahawan wanita

  • RM3.3 juta perkasa program Liga Usahawan Wanita untuk mula niaga, urus kewangan, pemasaran dan penempatan produk

Program tuisyen percuma

  • RM10 juta sasar 200,000 pelajar sertai Program Tuisyen Rakyat Selangor dalam tempoh lima tahun

Biaya pendidikan

  • RM3 juta laksana insentif Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Selangor (RM1,000 lanjut sijil kemahiran tahap 4, diploma, ijazah sarjana muda)
  • RM9 juta teruskan tabung biasiswa bantu pelajar lanjut pengajian dalam dan luar negara

Kesihatan awam

  • RM35 juta bantu 100,000 pemegang polisi Iltizam Selangor Sihat dapatkan rawatan asas dan vaksinasi RM500 setahun (keluarga), RM 250 (individu)
  • manfaat hospitalisasi sehingga RM10,000 setahun, penyakit kritikal dan kematian semula jadi masing-masing RM5,000
  • Bantuan Sihat Selangor sehingga RM5,000 untuk golongan kurang mampu tampung kos dialisis, pembedahan katarak mata, barah
  • bantuan sehingga RM5,000 untuk rawatan jantung
  • RM1.5 juta manfaatkan penjawat awam terima rawatan asas klinik, kematian, cacat kekal, penyakit kritikal dan belanja pengebumian
  • RM3.2 juta teruskan Selangor Saring termasuk Saringan Barah
Orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Perumahan

  • RM220 juta terusan Skim Smart Sewa dengan sasaran 810 unit
  • RM200,000 selesaikan isu pemilikan strata pangsapuri yang lama diduduki
  • RM300,000 baik pulih projek perumahan rakyat

Bantuan taska, tadika, anak istimewa

  • subsidi RM100 sebulan bayar yuran taska, RM50 sebulan hantar anak ke tadika
  • RM500 tabungan SSPN Prime selama lima tahun untuk 30,000 anak lahir 2022 ke atas
  • RM1 juta teruskan bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Bantuan kebajikan

  • Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk 30,000 keluarga beli barangan asas (RM300 sebulan)
  • RM2.1 juta bantu peniaga beli alatan dan mesin (program Blueprint)
  • RM16.48 juta sedia baucar Jom Shopping untuk 82,400 isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • RM2 juta bantu B40 miliki kediaman selesa
  • RM37.5 juta teruskan Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa (baucar beli-belah RM150 dan khairat kematian RM500)
Peserta program Jom Shopping Skim Mesra Warga Emas DUN Selat Klang memilih barangan keperluan harian di Econmart Sungai Bertih, Jalan Yadi pada 30 September 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dana Bantuan Guaman

  • Subsidi RM3,000 bagi setiap kes untuk isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000

Wanita dan keluarga

  • RM4 juta untuk aktiviti dan program wanita
  • teruskan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor untuk sambung pelajaran

Subsidi yuran KAFAI

  • RM5 juta teruskan bantuan RM30 sebulan ibu bapa lunas yuran KAFAI

Insentif Haji Muassasah

  • RM3 juta agih wang saku untuk jemaah haji (RM500 seorang)
Bakal jemaah haji bergambar selepas selesai menerima insentif Haji Muassasah di Masjid Al-Amaniah Gombak pada 20 Julai 2017. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

 

 

 

 


Pengarang :