Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Perintis Sekolah Daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi pada 7 November 2023. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
BERITA UTAMAPERSONALITIPILIHAN MINGGUANRENCANA

Dasar mesra rakyat Anwar beri manfaat kepada semua

24 November 2022 – Anwar angkat sumpah perdana menteri dan membentuk Kerajaan Perpaduan

22 Januari 2023 – perdana menteri umum agihan perbelanjaan tahunan serta lantikan wakil Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri, antara perkara utama Perjanjian Malaysia 1963 selesai.

Kerajaan juga memulangkan kuasa pelaksanaan perbelanjaan pembangunan infrastruktur awam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak

31 Januari – lancar Menu Rahmah. Bekerjasama dengan pengusaha makanan, hidangan lengkap dijual RM5.

Menu Rahmah diperluas ke Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Jalur Lebar Rahmah, Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bawah inisiatif Payung Rahmah.

Kerajaan juga belanja hampir RM8 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2023 kepada 8.7 juta penerima, memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia

24 Februari – Anwar bentang belanjawan persekutuan pertama kali.

Dinamakan Belanjawan Madani, antara tumpuan perkenal Cukai Barangan Mewah.

Kes muflis hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat dilepas mulai 1 Mac

21 Mac – Kementerian Pendidikan maklum menyerahkan draf mewajibkan pendidikan peringkat sekolah menengah kepada Pejabat Peguam Negara.

Pada 10 Ogos, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya dalam proses memuktamad dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah

11 Julai – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek umum RM70,000 diagih kepada sekolah-sekolah bawah kementeriannya untuk membaiki tandas daif.

Ia sebahagian peruntukan RM1.4 bilion diumum perdana menteri pada 13 Jun bagi membaiki kemudahan awam rosak seluruh negara

11 Julai – perdana menteri memaklumkan kerajaan dalam proses merangka dasar anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara dengan agensi kerajaan berkaitan mengkaji perundangan bersesuaian membanteras aktiviti Ali Baba

13 Julai – Kerajaan Perpaduan cadang laksana Dasar Gaji Progresif. Menerusinya, gaji pekerja seluruh negara ditingkatkan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli jangka dasar itu dilaksana April atau Mei 2024

27 Julai – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli meluncur Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Ia menggariskan langkah mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh diperbaharui 70 peratus menjelang 2050.

Turut diumum 10 projek rintis perdana dijangka menjana pelaburan RM25 bilion dan 23,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi

12 Ogos – pilihan raya enam negeri. Turut diadakan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengekalkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu dan parlimen Kuala Terengganu pada pembangkang.

19 Ogos – Kementerian Pendidikan meluncur modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Memupuk penghayatan hadis dalam kalangan pelajar, ia dilaksana di sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah agama bantuan kerajaan, sebelum ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan tahun depan.

1 September – Anwar yang juga menteri kewangan melancar Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP).

Pelan itu meningkatkan nilai tambah sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion menjelang 2030.

Peluang pekerjaan diunjur berkembang 2.3 peratus dari 2023, menyediakan peluang kehidupan lebih baik untuk 3.3 juta individu menjelang 2030

11 September – Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dibentang.

Perdana menteri umum peningkatan RM15 bilion untuk siling perbelanjaan rancangan, menaikkan peruntukan RMK12 kepada RM415 bilion.

RMK12 dijajar semula dengan dasar Ekonomi Madani bertujuan memperkasa dan merancakkan ekonomi bagi tempoh 10 tahun

9 Oktober – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat berkata dua pasukan petugas khas ditubuh mengkaji pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Kajian dilaksana Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal memastikan pengasingan telus tanpa pengaruh politik

9 Oktober – Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dibentang Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia selaras pengumuman perdana menteri pada 24 Februari mahu memperkenal akta memastikan tahap ketelusan tinggi dan pengurusan ekonomi lebih bertanggungjawab

13 Oktober – Anwar membentang Belanjawan 2024. Antara tumpuan, membela golongan miskin tegar apabila meneruskan rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan.

Pelajar tidak mampu membayar yuran universiti juga tidak disekat mendaftar subjek setiap semester. Turut diumum pemberian 100,000 topi keledar percuma kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu.

Sebanyak RM1.4 bilion pinjaman mikro Bank Simpanan Nasional disedia untuk penjaja dan pengusaha kecil. Duti hiburan persembahan artis tempatan juga dikecualikan.


Pengarang :