Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 21 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dewan Negeri lulus RUU Perbekalan 2024, dibahas 43 wakil rakyat

SHAH ALAM, 22 NOV: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 selepas dibahas sejak 14 November lalu.

RUU itu diluluskan menerusi undian dalam sidang yang dipengerusikan Speaker DNS Lau Weng San.

Menurut Weng San, seramai 43 Ahli Dewan Negeri (ADN) mengambil bahagian untuk membahas RUU tersebut termasuk Ketua Pembangkang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut diluluskan RUU Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2023 dan RUU Enakmen Perbekalan Tambahan 2023.

Belanjawan Selangor 2024 yang diumumkan 10 November lalu memperuntuk RM2.53 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1.33 bilion atau 52.6 peratus diagih untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion bagi pembangunan.


Pengarang :