ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama tawar khidmat nasihat guaman percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 29 NOV: Pusat Khidmat DUN Bandar Utama menawarkan khidmat nasihat guaman percuma pada Sabtu ini, bagi membantu orang ramai mendapat pencerahan berkaitan undang-undang.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program khas dengan kerjasama firma guaman Elaine, Yun & Associates diadakan di pusat khidmat DUN dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Sekiranya penduduk ada persoalan mengenai kes mahkamah atau memerlukan khidmat nasihat peguam, boleh datang ke pejabat di Jalan SS21/1A, Damansara Utama.

“Bawa dokumen berkaitan supaya proses berjalan lancar. Jika kes melibatkan jenayah, kita bersedia memberi bantuan guaman percuma,” katanya kepada SelangorKini.

Pada September tahun lalu, Selangor muncul negeri pertama melaksanakan program dana bantuan guaman bagi membantu rakyat dengan peruntukan RM1 juta.

Menerusi belanjawan tahun depan, Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan skim kepada kes berkaitan syariah bagi isu kekeluargaan dan pekerjaan.


Pengarang :