Ahli Dewan Negeri Kajang Cheong Kian Young (kiri) menyerahkan cek sumbangan kepada wakil PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana Impian pada 7 November 2023. Foto Facebook David Cheong
ADNSELANGOR

DUN Kajang agih RM30,000 bantu sekolah baik pulih prasarana

SHAH ALAM, 9 NOV: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memperuntuk RM30,000 kepada beberapa sekolah daerah itu untuk membaiki prasarana dan kemudahan pelajaran.

Wakil rakyatnya Cheong Kian Young berkata agihan kepada pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta individu dibuat sepanjang minggu ini bagi meringankan beban pihak sekolah.

“Bidang pendidikan antara agenda penting dan peruntukan ini merangkumi bantuan prasarana seperti kipas, tandas dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Keselesaan pelajar diutamakan kerana mereka pelapis masa depan negara. Semoga sumbangan ini dapat beri sedikit keselesaan dan meringankan beban semua pihak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut bercadang melaksanakan beberapa kursus kemahiran untuk belia tahun depan seperti membaiki komputer, telefon bimbit dan menjahit bagi menjana pendapatan.


Pengarang :