EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bersama tetamu kehormat selepas perasmian Program Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023 di Stadium Kota Raja Klang pada 25 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Negeri sokong, bantu penggiat seni ketengah warisan, budaya tempatan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 26 NOV: Kerajaan Negeri sentiasa bersedia menjadi hab atau pengkalan kepada pusat pengiktirafan yang memberi peluang penggiat seni menyerlahkan identiti dan keperibadian budaya tempatan.

EXCO kebudayaan Borhan Aman Shah berkata bagi merealisasikan hasrat itu pihaknya menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sama-sama memberi sokongan baik dari segi peruntukan untuk persembahan atau program kebudayaan setempat yang mempunyai kumpulan seni dan budaya tempatan untuk diketengahkan.

“Selangor kaya dengan keunikan kesenian tradisional sama ada dalam bidang muzik, tarian, teater, seni pertahankan diri dan makanan tradisional.

Antara pengunjung Program Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023 di Stadium Kota Raja Klang pada 25 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada semua PBT dalam menjayakan program berbentuk kebudayaan dan warisan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Stadium Kota Raja, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Borhan menjelaskan penganjuran pesta warisan amat baik kerana melihat pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum dapat dikumpulkan.

“Program seperti ini dapat mencerminkan imej MPK sebagai PBT yang bukan sahaja beri perkhidmatan berkualiti malah khidmat sosial kepada masyarakat,” katanya.

Persembahan silat ketika Program Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023 di Stadium Kota Raja Klang pada 25 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :