Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menanam anak pokok merbau ketika program penanaman semula 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

FAS taja penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak

AMPANG JAYA, 25 NOV: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyumbang RM20,000 bagi inisiatif penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Azhar Ahmad berkata kolaborasi pihaknya bersama FAS adalah sebahagian usaha memenuhi inisiatif Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran tanaman 11 juta pokok menjelang 2026.

“Kos bagi setiap anak pokok RM10 ditaja sepenuhnya FAS. Ia terdiri daripada tiga jenis iaitu merbau, meranti tembaga dan merawan menanti.

“Selain itu, kerjasama ini untuk menyokong program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok menjelang 2025 dilancarkan kerajaan persekutuan,” katanya.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke program penanaman semula 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas Program Penanaman Pokok FAS dengan kerjasama JPNS di Hulu Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini, hari ini.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyempurnakan program berkenaan.

Dalam program sama, Tengku Amir Shah yang juga Presiden FAS turut berkenan menanam pokok jenis Intsia Palembanica Merbau.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke program penanaman semula 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Azhar menambah program itu turut disertai 27 penuntut Universiti Limkokwing dan lima penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mendidik mereka mengenai kepentingan alam sekitar.

“Ia memenuhi hasrat FAS bagi meraikan bersama pelajar dalam program ini untuk memberi kesedaran dan peluang kepada mereka mengetahui dengan lebih dekat mengenai proses pemuliharaan hutan,” katanya.

Peserta menanam anak pokok ketika program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :