Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) memantau fenomena air pasang besar di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada 30 September 2023. Foto Facebook MPK
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Fenomena air pasang besar diramal tujuh hari di Klang mulai 25 November

SHAH ALAM, 27 NOV: Orang awam khususnya penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula dari 25 November sehingga 1 Disember ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang memaklumkan bacaan paras air laut di daerah itu dijangka meningkat setinggi 5.2 meter hari ini dan 5.1 meter esok yang mungkin membawa risiko banjir.

Berdasarkan info grafik yang dikongsi menerusi Facebook, bacaan paras air laut dijangka setinggi 5.1 meter bermula jam 6.09 pagi esok.

Pada 29 November lalu, bacaan paras air laut adalah 5 meter jam 6.45 pagi manakala pada 30 November, paras air laut dijangka setinggi 4.8 meter jam 7.17 pagi, dan 1 Disember setinggi 4.6 meter jam 7.47 pagi.

“Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di stesen Pelabuhan Klang dari 25 November sehingga 1 Disember ini.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa,” katanya.

Orang awam juga dinasihat sentiasa mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.


Pengarang :