Penduduk Palestin mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada 17 Oktober 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Hamas berusaha lanjut gencatan sementara dengan Israel

GAZA, 27 NOV: Hamas pada Ahad mengumumkan pihaknya berusaha melanjutkan gencatan sementara dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, menurut sumber Palestin, Hamas sudah pun memaklumkan kepada Qatar dan Mesir mengenai kesediaannya untuk melanjutkannya selama dua hingga empat hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

Gencatan sementara di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14,854 rakyat Palestin termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita maut sejak serangan bermula pada 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

– BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :