Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan pinjaman modal sehingga RM20,000 kepada usahawan di Selangor menerusi Skim i-Bermusim. Foto Facebook Hijrah Selangor
AGENSISELANGOR

Hijrah tawar pembiayaan sehingga RM20,000 untuk peniaga bermusim

SHAH ALAM, 25 NOV: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan pinjaman modal sehingga RM20,000 kepada usahawan menerusi Skim i-Bermusim.

Agensi itu memaklumkan skim berkenaan terbuka kepada peniaga yang menjalankan perniagaan pada musim perayaan dan buah-buahan.

“Hijrah Selangor menerusi pembiayaan Skim i-Bermusim menawarkan modal perniagaan sehingga RM20,000 bagi membantu usahawan kecil dan sederhana mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan syarat kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah,” katanya menerusi Facebook semalam.

Skim berkenaan boleh dimohon menerusi http://mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 18 cawangan Hijrah.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

warganegara Malaysia
penduduk atau pemastautin Selangor
mengundi di Selangor
berumur 18 hingga 65 tahun
perniagaan sudah beroperasi
mempunyai premis perniagaan yang khusus
salinan lesen/permit perniagaan yang sah
tiada rekod pembiayaan yang tidak baik dari institusi kewangan atau agensi kerajaan
terlibat secara langsung dalam perniagaan
satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Selain i-Bermusim, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.


Pengarang :