Pencari kerja mendaftar sebelum menjalani temu duga sempena Jelajah JobCare anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor pada 30 September 2023. Foto UPPS
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jelajah JobCare: Lebih 800 individu dapat kerja pelbagai sektor tahun lalu

SHAH ALAM, 23 NOV : Seramai 892 individu mendapat pekerjaan dari pelbagai sektor menerusi Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) di sembilan lokasi, tahun lalu.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata program anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) diteruskan tahun ini bagi memastikan lebih ramai dibantu.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Program ini diyakini mampu membantu kadar pengangguran dan menyumbang kepada produktiviti negara.

“Tahun ini kita sudah menjelajah ke lima daerah dan bakinya dijangka selesai pada bulan depan,” kata dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Sebelum ini, UPPS memaklumkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Selangor melalui Jelajah JobCare di sembilan daerah negeri ini.

Inisiatif bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial bakal disertai 120 syarikat tempatan dari pelbagai sektor.


Pengarang :