Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan dapur di enam lokasi Sabtu, Ahad

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 17 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi pada Sabtu dan Ahad ini.

Pada esok, jualan murah barangan asas itu diadakan di balai MPKK Bukit Kerayong 2 (Sementa), Lot 719, Jalan Bukit Antarabangsa, Taman Bukit Utama (Bukit Antarabangsa) dan dewan orang ramai Kampung Padang (Dusun Tua).

Program diteruskan pada Ahad di Dewan MBSA Pulai Seksyen 27A, Jalan Sungai Gapis 27/71 (Kota Kemuning), Kafe Ifwat, Jalan Tasik Tambahan 1, Kampung Tasik Tambahan (Lembah Jaya) dan dataran taman permainan blok A dan B, Flora Damansara (Bukit Lanjan).

Program JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

 Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :