Keadaan kediaman rakyat Palestin di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada 1 November 2023 sehari selepas serangan Israel ke atas kem berkenaan. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000

RAMALLAH (Palestin), 27 NOV: Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Memetik kenyataan berbahasa Arab suruhanjaya berkenaan pada Ahad, WAFA melaporkan tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Okt hingga 14 Nov, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.

Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.

“Seramai 29 daripada 41 wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Okt,” menurut kenyataan itu.

Menurut WAFA, tentera Zionis Israel mula mempergiat operasi penangkapan di lapangan sehari selepas konflik Israel-Gaza memuncak pada 7 Okt, termasuk melakukan serbuan ke premis-premis awam, merosak dan memusnahkan rumah penduduk di Gaza selain memukul keluarga tahanan.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :