AGENDAJENAYAH

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di tali air

KOTA BHARU, 28 NOV: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di tali air dekat Kampung Derdap di sini pada 6.53 petang tadi.

Menurut sumber Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, mangsa diberikan bantuan pernafasan secara resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebaik pasukan mencari menjumpainya di kawasan terbabit.

“Maklumat mengenai kejadian diterima pada 6.25 petang tadi dengan melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan pada 7 malam tadi.

– BERNAMA


Pengarang :