Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kawal kemasukan orang awam, pelihara biodiversiti Hutan Warisan Diraja Selangor

SHAH ALAM, 28 NOV: Kemasukan orang awam ke hutan simpan kekal (HSK) yang diwarta sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor dikawal demi memelihara kualiti dan biodiversiti.

Dato’ Menteri Besar berkata kemasukan tanpa kawalan ke sebahagian daripada 26 hutan dari Hulu Selangor hingga Hulu Langat dikhuatiri menjejaskan aspek kebersihan dan penjagaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sembah ucapan ketika Majlis Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Ada sebahagian (daripada 26 hutan yang diwarta) kita masih benarkan (masuk), tetapi sudah pasti kita akan kawal jumlah kemasukan kerana ia akan beri dampak terus kepada kualiti hutan.

“Jika kita benarkan terlalu ramai masuk, mungkin kurang kawalan terhadap kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui selepas pengisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor di sini hari ini.

Pemasyhuran kawasan hutan seluas 108,000 hektar disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melihat buku Hutan Warisan Diraja Selangor selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin menambah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor membangunkan aplikasi bagi memudahkan pendaftaran pengunjung ke HSK sekali gus membantu kawalan kemasukan.

“Macam semalam saya berada di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia, Selayang. Sebelum masuk ke situ boleh daftar terus dengan aplikasi tanpa perlu beratur di kaunter,” katanya.

 


Pengarang :