Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima cek cura daripada Penasihat Khas Kumpulan Albukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar (dua, kanan) dalam Kejohanan Golf Amal Raja Muda Selangor di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 21 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Kejohanan golf amal RMS 2023 kumpul lebih RM500,000, bantu lebih ramai belia

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Selangor Youth Community (SAY) berjaya mengumpul lebih RM500,000 dalam Kejohanan Golf Amal Raja Muda Selangor (RMS) 2023 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) Bukit Kiara, hari ini.

Dana itu akan digunakan untuk menyokong program Team Malaysia (Team Programme Malaysia) yang turut memperoleh sokongan daripada Prince’s Trust International, sebuah organisasi diasaskan Raja Charles III.

SAY memaklumkan, dalam tempoh tiga tahun Team Programme Malaysia telah memberi bantuan kepada 180 individu terdiri daripada golongan belia seperti terpinggir, ditinggalkan, tidak berpendidikan, tidak bekerja, tiada latihan atau NEET (Not Education, Employment and Training).

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama penaja utama Kejohanan Golf Amal Raja Muda Selangor di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 21 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Program ini bertujuan untuk menawarkan sokongan kepada 100 lagi anak muda pada tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyempurnakan kejohanan berkenaan.

Kejohanan amal itu disertai 124 pemain golf daripada pelbagai syarikat dan agensi serta Kerajaan Negeri untuk mengutip dana bagi membantu pembangunan belia termasuk kerjaya, pendidikan dan latihan melalui inisiatif SAY.


Pengarang :