EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari beramah mesra bersama peserta ketika majlis Konvensyen Warga Emas sempena sambutan Hari Warga Emas 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 27 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Konvensyen bicara kesihatan, wasiat, keselamatan warga emas, dihadiri lebih 400 peserta

SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 400 peserta menyertai Konvensyen Warga Emas yang diadakan sempena Hari Warga Emas 2023 disambut bulan lalu.

EXCO pembangunan wanita berkata konvensyen menekankan isu ketidakupayaan meliputi empat komponen iaitu senaman, ceramah kesihatan, kepentingan wasiat dan keselamatan diri.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menyampaikan cek cura kepada penerima Anugerah Pusat Jagaan Warga Emas ketika majlis Konvensyen Warga Emas sempena sambutan Hari Warga Emas 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 27 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Semua aspek ini penting kepada penduduk dalam golongan usia ini tambahan juga Selangor memiliki bilangan warga emas tertinggi berbanding negeri lain.

“Laporan poket statistik negeri Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 807,520 warga emas atau 11.2 peratus daripada 7.21 juta penduduk.

“Konvensyen ini juga turut menyentuh isu ‘scam’ memandangkan jenayah itu turut menyasarkan golongan warga emas,” kata Anfaal Saari ketika berucap.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari melawat pameran pada Konvensyen Warga Emas sempena sambutan Hari Warga Emas 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 27 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, di sini, Anfaal turut menyampaikan anugerah pusat aktiviti warga emas (PAWE) cemerlang kepada PAWE Subang Jaya dan pusat jagaan cemerlang kepada Pusat Jagaan Bait Mawaddah.

Kedua-dua pusat itu menerima wang tunai RM800 serta sijil penghargaan.


Pengarang :