Orang ramai teruja melihat pameran seni ketika majlis pembukaan ‘Colours For Gaza’ di Galeri Puteh, Kuala Lumpur pada 15 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

M. Nasir salur hasil jualan empat karya di pameran ‘Colours For Gaza’ ke tabung Palestin

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Seniman Datuk M.Nasir berbesar hati menyalurkan semua hasil jualan empat karya di pameran seni ‘Colours Form Gaza’ di Galeri Puteh di sini ke tabung bantuan rakyat Palestin.

Pengarah Galeri Puteh Mohd Nizam Rahmat berkata M. Nasir antara lebih 50 seniman yang menyertai pameran berkenaan bagi mengutuk kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin melalui seni lukis.

Pengarah Galeri Putih Mohd Nizam Rahmat bercakap kepada SelangorKini ketika majlis pembukaan ‘Colours For Gaza’ di Galeri Puteh, Kuala Lumpur pada 15 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Jumlah hasil jualan yang ingin disumbangkan bagi setiap karya akan ditentukan oleh artis tersebut. Kita akan sampaikan kepada badan kemanusiaan yang sah dan dipilih nanti.

“Nilai karya seni paling tinggi adalah RM40,000 dan menariknya penyanyi terkenal Datuk M.Nasir turut menyumbang empat karya yang telah bersetuju semua hasil jualan disumbangkan kepada tabung bantuan Palestin,” katanya.

Ditemui selepas majlis pelancaran pameran berkenaan hari ini, beliau menyasarkan kehadiran 1,000 pengunjung dengan kutipan hasil jualan sebanyak RM100,000.

Orang ramai teruja melihat pameran seni ketika majlis pembukaan ‘Colours For Gaza’ di Galeri Puteh, Kuala Lumpur pada 15 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pameran seminggu yang membuka tirainya semalam menghimpunkan 107 karya daripada lebih 50 artis tempatan dan antarabangsa antaranya dari Brazil, Turkiye dan Singapura.

Selain M. Nasir, seniman lain yang menyertai pameran tersebut antaranya Ahmad Fuad Osman, Bayu Utomo Radjikin, Awang Damit, Juhari Said, Faizal Suhif, Azlan Mam, Fauzul Yusri, Faisal Tehrani, Amar Idris dan Intan Rafiza.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pameran seni ‘Colours of Gaza’ boleh melayari media sosial Facebook dan Instagram Galeri Puteh.

Orang ramai teruja melihat pameran seni ketika majlis pembukaan ‘Colours For Gaza’ di Galeri Puteh, Kuala Lumpur pada 15 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :