Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping berucap pada Anugerah Peniaga E-Dagang Utama Malaysia (Top ECM)
AGENSISELANGOR

Makmal mobiliti Sidec perkasa industri kenderaan elektrik

SHAH ALAM, 14 NOV: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) bakal membangunkan makmal mobiliti ke arah memperkasa sektor kenderaan elektrik (EV) di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata ia akan dibangunkan menerusi portfolio Selangor Mobiliti di bawah EXCO Mobiliti Ng Sze Han dengan penyediaan kemudahan stesen pengecasan dengan 386 unit setakat ini.

Menurut Yong Kai Ping, sebanyak 10,000 stesen pengecas disasar ditubuhkan menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) seiring pertumbuhan industri EV.

“Pertumbuhan ekosistem industri EV berkembang maju daripada segenap arah, ia (kini) bukan saja tentang menjual kenderaan EV tetapi termasuk penghasilan bakat dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Ini kerana matlamat akhir kenderaan EV juga adalah pemanduan autonomi yang memerlukan AI menjadi pemandu atau pembantu pemandu,” katanya kepada Selangorkini.

Kai Ping menambah kemudahan seperti stesen pengecasan dan industri bateri akan menarik pelaburan dan merancakkan lagi sektor pembuatan Selangor.

“Kita mesti melihat AI, kenderaan elektrik termasuk kereta, van, motosikal, kapal dan bas serta stesen pengecas bakal menghasilkan industri EV yang berkembang pesat sekali gus membantu kita beralih kepada gaya hidup rendah karbon,” katanya.


Pengarang :