Majlis Ilmu Selangor Madani di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada 16 November 2023.
SELANGOR

MB pelawa orang ramai hadir Majlis Ilmu Selangor Madani petang ini

SHAH ALAM, 16 NOV: Dato’ Menteri Besar mempelawa orang ramai mengimarahkan Majlis Ilmu Selangor Madani di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor petang ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang menampilkan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Syeikh Dr Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi itu bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.

“Insya-Allah moga majlis ilmu ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya menerusi aplikasi X.

 


Pengarang :