SHAH ALAM, 3 NOV: Tesla Malaysia melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik pertama di Selangor yang terletak di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, semalam.
Dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak empat set pengecas disediakan khusus kepada pemandu kenderaan elektrik terbabit.
Beliau berkata Tesla menyedia 16 pengecas di seluruh negara dan jumlah itu dijangka meningkat tidak lama lagi dengan tambahan empat lagi di Melaka.
“Kini terdapat 16 pengecas di Malaysia dan jumlah itu akan meningkat tidak lama lagi kerana terdapat empat lagi akan dilancarkan tidak lama lagi di Outlet Freeport A’Famosa, Melaka.
“Dengan kelajuan pengecasan puncak 250kW, pengecas ini membolehkan Tesla Model 3 memperoleh jarak sehingga 282km dalam masa 15 minit,“ katanya menerusi ciapan di aplikasi X.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/11/MB-1-1-500x333.jpg.webp)
Amirudin yang turut diberi kesempatan memandu sendiri Tesla Model 3 pada majlis tersebut berharap lebih banyak stesen pengecas disediakan pada masa akan datang.
Menurutnya kemudahan pengecas tersebut akan meningkatkan lagi penggunaan kereta dan kenderaan elektrik dalam usaha negara ke arah rendah karbon.
“Kerajaan Negeri menyambut baik usaha kerajaan Persekutuan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik sebagai sebahagian usaha meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/11/MB-2-500x333.jpg.webp)