Mohamad Faisal Abdul Halim bersama rakan pasukan Selangor FC meraikan kemenangan selepas menundukkan Perak FC 4-0 pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 20 Mei 2023. Foto Facebook Selangor FC
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Misi Selangor juara Liga Super, Piala Malaysia 2025

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri menyasarkan bola sepak pasukan merah kuning kembali menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) menjelang tahun 2025.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk pasukan Selangor FC (SFC) dan RM8 juta kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bagi tujuan itu.

“Ini adalah sebagai titik tolak misi menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Kejohanan SUKMA menjelang tahun 2025.

“Untuk merealisasikan impian tersebut, Kerajaan Negeri akan menyokong penuh kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor sebagai Presiden FAS dan SFC serta MSNS,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

Beliau juga berkata dana RM1 juta disediakan untuk mengembangkan Selangor Cyber Games, menubuhkan Liga e-Sukan di setiap daerah dan mengukuhkan ekosistem e-sukan.

Katanya lagi, jumlah yang sama sebagai bantuan kewangan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pemandu e-panggilan seperti p-panggilan melalui program Roda Darul Ehsan (RiDE)


Pengarang :