PBTSELANGOR

MPHS anjur pertandingan memanah tradisional, tawar hadiah RM1,000

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 2 NOV: Wang tunai RM1,000 menanti johan Pertandingan Memanah Tradisional 2023 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), 18 November ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan yuran penyertaan dikenakan hanya RM50 termasuk e-sijil penyertaan, makan tengah hari serta minuman percuma.

Menerusi perkongsian di Facebook, penyertaan terhad dibuka kepada 300 peserta terawal dengan dua kategori dipertandingkan iaitu dewasa lelaki dan wanita.

Hadiah bagi johan pertandingan memanah tradisional adalah RM1,000, tempat kedua (RM800) dan tempat ketiga (RM600), tempat keempat (RM400), kelima (RM200), keenam (RM100) dan saguhati dari tempat ketujuh hingga 20 membawa pulang hamper tajaan Darul Jariyah.

Pautan pendaftaran boleh dibuat melalui https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdqghBQfpl66wONP4hFB8A atau imbas kod QR yang disediakan pada poster.

Butiran dan pertanyaan lanjut sila hubungi 0132942995 (Cik Jah) atau 0193500305 (Pok Shi).


Pengarang :