Wakil rakyat Kajang, Cheong Kian Young melawat kawasan parkir di Klinik Kesihatan Kajang, Jalan Semenyih kini dalam proses naik taraf yang bakal memanfaatkan pengunjung dengan 204 ruang tempat letak kereta berbanding 58 sahaja sebelum ini pada 24 Oktober 2023. Foto Facebook David Cheong
ADNSELANGOR

Naik taraf parkir Klinik Kesihatan Kajang manfaat 500 pengunjung

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 13 NOV: Isu parkir di Klinik Kesihatan Kajang bakal selesai hujung bulan ini dengan penambahan 146 petak baharu untuk keselesaan pengguna.

Wakil rakyat Cheong Kian Young berkata melalui inisiatif yang diambilnya sendiri termasuk mencari dana naik taraf kemudahan itu, ia bakal memanfaatkan 500 pengunjung.

“Antara aduan dan luahan yang sering saya terima adalah berkenaan parkir di sini yang menyebabkan orang ramai terpaksa meletakkan kereta mereka di bahu jalan.

“Keadaan ini membahayakan keselamatan pengunjung dan juga pengguna jalan raya. Oleh itu, kemudahan parkir berkeluasan 60,000 kaki persegi ini bakal dimanfaatkan pengunjung klinik selain penurapan jalan bagi parkir kakitangan di sini,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Kian Young, selain parkir di Klinik Kesihatan Kajang, Jalan Semenyih itu turut memberi manfaat kepada penjaja di kawasan tersebut apabila lokasi premis dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada semua pihak.


Pengarang :