Kemudahan laluan pejalan kaki dan berbasikal disediakan di padang bola sepak Seksyen 18 di Jalan Rembia Dua, Shah Alam pada 21 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri peruntuk RM300,000 naik taraf, bina prasarana sukan di 56 DUN

SHAH ALAM, 22 NOV: Kerajaan Negeri memperuntuk RM100,000 bagi menaik taraf prasarana sukan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata RM200,000 turut disalurkan bagi membina kemudahan sukan baharu seperti gelanggang futsal.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk RM250,000 untuk membaiki dan membina padang bola sepak di serata DUN.

EXCO Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari Borhan Aman Shah menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 22 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Projek naik taraf dan baik pulih prasarana di bawah persatuan sukan terlibat Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) berjumlah RM1 juta dengan syarat kemudahan tersebut juga dibuka kepada kemudahan awam,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Bukit Melawati Dato’ Noorazley Yahya yang ingin mengetahui had peruntukan menaik taraf gelanggang sukan yang uzur di setiap DUN dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Menurut Borhan, pelaksanaan projek membaiki dan membina prasarana sukan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

“Justeru itu, tiada saluran peruntukan buat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk baik pulih prasarana kerana dilaksanakan MSNS mengikut keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 17 Februari 2021.

“Namun, PBT turut menyediakan peruntukan untuk menyelenggara kemudahan sukan di kawasan PBT masing-masing,” katanya.

 


Pengarang :