Adam Aiman Amir, 24, menonton pembentangan Belanjawan Selangor 2024 ketika menunggu giliran gunting rambut di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNAGENDASELANGOR

Negeri tubuh tabung khas pulih infrastruktur sekolah rosak akibat bencana

SHAH ALAM, 10 NOV: Sejumlah RM26.5 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur sekolah pada tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan disedia sejak 2009 itu bagi menyediakan persekitaran lebih kondusif.

“Semenjak diperkenalkan, program ini telah menerima sambutan yang sangat tinggi daripada sekolah-sekolah di negeri Selangor.

“Pada tahun ini sebagai contohnya sebanyak 988 buah sekolah telah diberikan bantuan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Namun bermula tahun depan, RM1.5 juta daripada dana berkenaan diperuntuk bagi baik pulih infrastruktur sekolah yang rosak akibat bencana.

Amirudin menambah inisiatif dinamakan Tabung Khas Pemulihan Bencana Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor itu dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan.

“Diharap (inisiatif ini) boleh menjadi satu inisiatif rentas negeri-kementerian bagi memastikan persekitaran institusi sekolah dapat kembali pulih segera sekiranya terkesan bencana,” katanya.


Pengarang :