EXCO Perumahan Borhan Aman Shah melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah BPEX (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pameran hartanah di Mid Valley hingga esok, tawar 9,000 unit kediaman

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Sebanyak 9,000 unit kediaman untuk kuota Bumiputera bernilai RM5 bilion ditawarkan sempena Expo Rumah BPEX di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley bermula hari ini hingga esok.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata orang ramai yang masih belum memiliki rumah disaran merebut peluang berkunjung ke ekspo bermula dari jam 11 pagi hingga 9 malam itu.

“Pameran ini juga merupakan platform untuk pemaju sekitar Lembah Klang mempromosikan unit kuota Bumiputera yang masih belum terjual.

“Rakyat harus sentiasa peka dengan perkembangan hartanah terkini serta projek baharu yang dilancarkan supaya peluang memiliki rumah harga mampu milik tidak terlepas,” katanya ketika berucap merasmikan Expo Rumah BPEX di sini, hari ini.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berucap merasmikan Expo Rumah BPEX (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Mengulas lanjut, Borhan berkata kuota Bumiputera adalah syarat yang harus dipenuhi bagi setiap projek perumahan dan pemaju diingatkan untuk mempelbagaikan kaedah promosi bagi memastikannya terjual.

“Pemaju perlu memikirkan mekanisme bijak bagi menarik pembelian kuota Bumiputera. Sebenarnya tiada lambakan kuota Bumiputera berlaku di Selangor namun ada kemungkinan pengguna tidak mendapat informasi tepat mengenainya.

“Kadang-kadang mungkin ada yang anggap Selangor sudah tiada (kehabisan) rumah untuk Bumiputera, sebenarnya masih ada lagi. Selain itu masalah kewangan atau pinjaman yang susah untuk mereka dapat.

“Jadi di BPEX saya lihat ada koperasi dan agensi yang boleh bantu beri khidmat nasihat,” katanya.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah BPEX (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCO Perumahan Borhan Aman Shah melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah BPEX (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Seorang pengunjung bersama anaknya tertarik melihat replika rumah ketika mengunjungi Expo Rumah BPEX (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :