Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunjukkan buku pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Prestasi kewangan negeri kukuh, cecah RM3.71 bilion

SHAH ALAM, 10 NOV: Jumlah agregat terkumpul Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri terus kukuh dan stabil mencecah RM3.71 bilion setakat 9 November tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan peningkatan RM631.48 juta berbanding tahun lalu meliputi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.49 bilion dan Akaun Amanah Disatukan, RM2.21 bilion.

Menggunakan pendekatan dan strategi perbelanjaan berkesan serta berhemah, katanya, prestasi kewangan negeri sehingga tempoh itu juga merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta.

“Secara spesifiknya, kutipan hasil negeri sehingga 9 November yang direkodkan berjumlah RM2.4 bilion dan telah digunakan sebanyak 85.97 peratus atau RM1.11 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

“Manakala sebanyak 72.05 peratus atau RM864.56 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan,” katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Amirudin juga optimis pentadbiran negeri mampu mengecilkan unjuran defisit 2023 daripada RM495 juta kepada angka lebih rendah, yang boleh ditampung oleh rizab sedia.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kutipan hasil negeri mencapai RM2.405 bilion setakat 9 November, bersamaan 120 peratus daripada anggaran hasil 2023 sebanyak RM2.00 bilion.


Pengarang :