EXCO Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 21 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Projek WTE: Pelantikan YTL sebagai rakan strategik telus, sistematik

SHAH ALAM, 23 NOV: Pelantikan YTL Power International Berhad sebagai rakan strategik bagi projek loji sisa kepada tenaga (WTE) dibuat mengikut tatacara perolehan telus dan sistematik.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim berkata proses pemilihan dibuat bermula 12 November 2019 menerusi pelawaan memberi cadangan (RFP) yang diiklankan secara terbuka dalam media massa.

Beliau menjelaskan sebanyak 38 syarikat termasuk dari luar negara berminat untuk memajukan projek kendalian KDEB Waste Management (KDEBWM) dengan kelayakan dinilai pakar secara komprehensif.

“Penilaian akhir dibuat di tapak untuk melihat keberkesanan teknologi dicadang syarikat terbabit. Lembaga pengarah kemudian meluluskan YTL Power International Berhad sebagai rakan strategik

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggunakan jengkaut bagi gimik perasmian majlis pecah tanah pembinaan kemudahan Sisa kepada Tenaga (WTE) Jeram antara Worldwide Holdings Berhad dan Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd di Jeram pada 17 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Pemilihan itu dibuat selepas semua melepasi parameter pemilihan yang ditetapkan panel penilai termasuk mengambil kira pengalaman dan kepakaran dalam sektor tenaga,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Gombak Setia Muhammad Hilman Idham berhubung proses pemilihan YTL Power International Berhad bagi projek WTE dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Suee Lim menambah Kerajaan Negeri juga akan memastikan kepentingan KDEBWM sebagai anak syarikat terpelihara selain mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

“Perjanjian ini sudah tentu akan memperincikan perkara-perkara obligasi termasuk modal, keuntungan, kerugian, kuasa, tanggungjawab, penyelesaian pertikaian dan sebagainya,” katanya.

Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan projek WTE yang dibina di Jeram, Kuala Selangor bakal menghasilkan bekalan elektrik untuk 200,000 unit rumah.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, loji pertama negeri yang dijangka beroperasi pada 2026 merupakan ikhtiar pentadbirannya dalam memastikan Selangor diurus dengan mampan dan berhemah.


Pengarang :