DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) diiringi EXCO Belia Najwan Halimi (lima, kanan) pada pembukaan Persidangan Belia Asean 2023 di Jakarta, Indonesia pada 3 November 2023. Foto X Najwan Halimi
SELANGOR

Raja Muda diberi penghormatan sampai ucaptama sidang belia Asean

SHAH ALAM, 3 NOV: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor diberi penghormatan untuk menyampaikan titah ucaptama pembukaan Persidangan Belia Asean 2023 hari ini.

EXCO Belia Najwan Halimi menerusi X memaklumkan keberangkatan Tengku Amir Shah ke Sekretariat Asean di Jakarta diiringi delegasi Kerajaan Negeri.

“Baginda telah diberi penghormatan untuk menyampaikan titah ucaptama sempena pembukaan persidangan ini,” tulisnya.

Delegasi Kerajaan Negeri disertai Pengarah Eksekutif MSN Selangor Mohd Nizam Marjugi, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor Mohd Hidayat Mohd Sauffi dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Nurul Azwa Rodzi.

Turut hadir Orang Besar Istana iaitu Tengku Musahiddin Shah, Tengku Saifan Rafhan Putra dan Tengku Ezrique Ezzuddean.


Pengarang :