Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama peserta program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sasaran 1.5 juta pokok ditanam di Selangor akan tercapai Disember ini

AMPANG JAYA, 25 NOV: Sebanyak 1.3 juta pokok pelbagai spesies ditanam di seluruh negeri melalui Kempen Penanaman 11 juta pokok menjelang 2026, setakat ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Azhar Ahmad berkata pihaknya berkeyakinan sasaran untuk menanam 1.5 juta pokok tahun ini akan tercapai hujung Disember ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menanam anak pokok Merbau ketika program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kempen dibawa Kerajaan Negeri yang diselenggara Unit Perancangan Ekonomi Negeri melibatkan JPNS, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah yang kini menggiatkan usaha penanaman di kawasan masing- masing.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Azhar Ahmad bercakap kepada Media Selangor selepas program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama JPNS di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ia juga mengikut titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengekalkan persekitaran hijau di Selangor, dengan sasaran penanaman tidak kurang 11 juta pokok menjelang 2026,” katanya.

Beliau ditemui selepas Program Penanaman Pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama JPNS di Hutan Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini, hari ini.

Azhar menjelaskan pihaknya komited untuk menarik lebih banyak penglibatan syarikat korporat dan individu dalam menjayakan kempen berkenaan.

“Cabaran JPNS untuk menjayakan kempen ini adalah kos. Jadi, pihak kami menggiatkan usaha untuk menjalin kerjasama pelbagai syarikat swasta untuk membantu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Namun peruntukan sejumlah RM400,000 melalui pengumuman Dato’ Menteri Besar pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu kepada PBT akan membantu meningkatkan tanaman pokok melalui kempen ini,” katanya.

Peserta menanam anak pokok ketika program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :