Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunjukkan prestasi dan hasil ekonomi negeri ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor tarik pelaburan asing, tempatan RM88.88 bilion sejak 2018

SHAH ALAM, 28 NOV : Kerajaan Negeri berjaya menarik pelaburan asing dan tempatan berjumlah RM88.88 bilion meliputi 1,507 projek perkilangan antara 2018 hingga Jun tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan hasil pelaburan tinggi itu juga berjaya mewujudkan 95,610 potensi peluang pekerjaaan untuk dinikmati rakyat negeri ini.

Menurutnya, industri tumpuan termasuk sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, produk elektrik dan elektronik selain kelengkapan dan pengangkutan seperti aeroangkasa dan dron.

“Promosi pelaburan secara fizikal atau dalam talian dengan pihak dewan perniagaan tempatan dan luar negara juga rancak selain mengenal pasti sektor perkhidmatan berpotensi.

“(Ia merangkumi) perkhidmatan logistik, pelaburan digital seperti perniagaan perkhidmatan global, pusat data dan teknologi kreatif,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Untuk rekod, sebanyak RM53 bilion melibatkan pelaburan modal asing manakala baki dari tempatan.


Pengarang :