EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi dan EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari bergambar bersama peserta Simulasi Latihan Pengendalian Bot dan Keyakinan Dalam Air di Empangan Batu, Sungai Tua, Gombak pada 18 November 2023. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Simulasi latihan kendali bot tingkat kemahiran menyelamat mangsa bah

GOMBAK, 19 NOV: Simulasi Latihan Pengendalian Bot dan Keyakinan Dalam Air peringkat negeri membantu meningkatkan lagi tahap kemahiran menyelamat mangsa banjir.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata program yang berlangsung di Empangan Batu, Sungai Tua di sini, semalam menjadi medan peserta daripada pelbagai agensi berkongsi ilmu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ Azfarizal Abdul Rashid”Program ini merupakan siri latihan kedua pada bulan ini kerana MBSJ sudah mengadakan latihan sendiri awal November lalu.

“MBSJ sentiasa siap siaga hadapi sebarang kemungkinan lanjutan kejadian banjir pada Disember 2021 dengan menaik taraf saliran dan kelengkapan pembersihan di 25 kawasan berisiko banjir,” kata Azfarizal Abdul Rashid.

EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi bergambar bersama peserta Latihan Pengendalian Bot dan Keyakinan Dalam Air di Empangan Batu, Sungai Tua, Gombak pada 18 November 2023. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

Terdahulu, seramai 138 peserta dari pelbagai agensi mengambil bahagian dalam simulasi berkenaan antaranya pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan, Angkatan Pertahanan Awam Selangor, Polis Kontinjen Selangor dan Briged Ke-11 Infantri Malaysia.

Majlis yang disempurnakan EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi turut dihadiri EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Daerah Gombak Muhamad Amin Azam berkata matlamat program ini dibuat bagi menyelaras tindaan antara agensi bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Penolong Pegawai Daerah Gombak Muhamad Amin Azam

“Antara pengisian program ini adalah mengendali bot, tatacara penggunaan rangkaian radio bersepadu kerajaan (GIRN) dan kursus-kursus asas berkaitan menyelamat mangsa.

“Menerusi program ini, semua agensi sama-sama belajar menerusi tindak balas bersama sekiranya berlaku insiden banjir seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Sukarelawan Selangor (SERVE), Muhammad Hafizi Mat Jalani berkata beliau akan memanfaatkan ilmu yang diterima di program ini dengan berkongsi dengan rakan sukarelawan lain.

Sukarelawan Selangor Muhammad Hafizi Mat Jalani

“SERVE sentiasa mengikuti latihan atau kursus dengan bekerjasama dengan unit bencana negeri dan bomba sebagai persiapan operasi menyelamat.

“Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai SERVE boleh melayari media sosial Majlis Sukan Negeri Selangor untuk maklumat lanjut,” katanya.


Pengarang :