Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan isytihar 26 hutan simpan sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor

SHAH ALAM, 28 NOV: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini berkenan mengisytihar 26 hutan simpanan kekal (HSK) negeri ini sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor.

Pemasyhuran dibuat Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di sebuah hotel di sini, dengan disaksikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut serta Penasihat Undang-Undang Negeri Dato’ Salim Soib, Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Azhar Ahmad.

Dalam majlis itu, Baginda berkenan menyaksikan tayangan montaj Mini Ekspedisi Saintifik Sungai Chiling Hutan Simpan Ulu Selangor dan melancarkan buku Pelan Induk Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melihat buku Hutan Warisan Diraja Selangor selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sebelum berangkat pulang, Sultan Selangor berkenan melawat reruai pameran antaranya Universiti Putra Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Tourism Selangor dan Perhilitan.

Pada 16 Mac, JPNS mengadakan kunjungan mengadap ke bawah Baginda bagi mempersembah taklimat berhubung penyediaan Pelan Induk Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor.

Rentetan itu, Tuanku berkenan menitahkan supaya diadakan majlis pengisytiharan tersebut dan Ekspedisi Saintifik di Sungai Chiling.

Berkeluasan 108,000 hektar, Hutan Warisan Diraja Selangor membabitkan sepanjang jajaran Central Forest Spine (CFS) dari Hulu Selangor hingga Hulu Langat.

Ia merupakan Hutan Taman Negeri bawah salah satu daripada pengelasan hutan perlindungan iaitu Seksyen 10, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Sehingga kini, keseluruhan kawasan HSK di Selangor seluas 250,739.33 hektar iaitu 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri, meningkat berbanding 30.55 peratus pada 2008.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor di Hotel Double Tree Hilton, Shah Alam pada 28 November 2023 Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :