Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bergambar kenangan ketika melawat Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong pada 7 November 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tengku Permaisuri lawat Kampung Budaya Sarawak, hasilkan hidangan tradisi

SHAH ALAM, 8 NOV: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat Kampung Budaya Sarawak, yang menghimpunkan pelbagai etnik.

Keberangkatan tiba Baginda di Santubong semalam disambut isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Fatimah Iskandar dan isteri Timbalan Premier Sarawak Datin Amar Enn Ong Siok Ean.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, Baginda bersama rombongan turut dibawa ke Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menghasilkan kuih ros ketika melawat Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong pada 7 November 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office

“Ketika di Rumah Iban, Baginda berkesempatan menghasilkan Kuih Chap, hidangan tradisi masyarakat Iban. Baginda juga berpeluang mempelajari tarian Iban dan mencuba sumpit serta menyaksikan kerja-kerja pembuatan Pua Kumbu,” menurut kenyataan itu.

Sebelum keberangkatan pulang, Baginda turut disajikan dengan persembahan kebudayaan oleh artis kebudayaan seperti Ngajat Lesung.


Pengarang :