Ilustrasi tangkapan penjenayah. Grafik Media Selangor
AGENDANASIONAL

Tunjuk kemaluan depan budak, penghantar barang ditangkap polis

SHAH ALAM, 30 NOV: Gara-gara menunjukkan kemaluan di hadapan seorang kanak-kanak perempuan, seorang lelaki ditahan polis di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, Selasa lalu.

Menurut ketua polis Putrajaya, suspek, 32, yang bekerja sebagai penghantar barang dipercayai melakukan perbuatan itu dalam sebuah lif kuarters kerajaan di Presint 5, lapor Berita Harian.

Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata ibu mangsa kemudian membuat polis selepas kanak-kanak terbabit mendakwa seorang lelaki memakai topi keledar melakukan perbuatan itu.

“Siasatan mendapati, kejadian sama turut dikesan di kawasan perumahan sama sebelum ini dengan empat laporan polis dibuat membabitkan lima mangsa,” katanya seperti dilaporkan.

A Asmadi berkata suspek turut mengaku terbabit dalam tiga kes sama yang disiasat sebelum ini dan dia ditahan reman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15A(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 


Pengarang :