Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

10 kali anjur JER, hampir 4,000 penduduk DUN Sungai Tua terima manfaat

GOMBAK, 27 DIS: Hampir 4,000 penduduk menerima manfaat daripada 10 kali penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sejak Ogos lalu.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua berkata jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kerap diadakan susulan permintaan tinggi penduduk.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua Shanmugam Batumalay

“Setiap program jualan murah yang diadakan di DUN Sungai Tua akan menerima kehadiran pengunjung antara 350 hingga 400.

“Kira-kira 4,000 keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat daripada 10 penganjuran JER di kawasan ini sejak Ogos lalu,” kata Shanmugam Batumalay.

Ditemui pada jualan murah di padang awam Batu Caves di sini, Shanmugam menambah pihaknya berusaha menganjurkan jualan berkenaan setiap minggu pada tahun hadapan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Ia dianjurkan di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, selain menjalin kerjasama dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :