Deretan mayat rakyat Palestin di sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza susulan serangan Israel ke kem pelarian Jabalia, pada 31 Oktober 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

178 orang awam terbunuh selepas Israel lancar semula serangan pagi Jumaat

GAZA, 2 DIS: Sejumlah 178 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh dan 289 yang lain cedera sejak tentera penceroboh Israel melancarkan semula serangan di Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat.

Hospital Kamal Adwan di bandar utara Beit Lahia menerima lebih 54 mayat, lapor Agensi Berita WAFA.

Selain itu, 30 lagi mangsa yang terkorban, terutamanya kanak-kanak dan wanita dihantar ke Hospital Baptist di Gaza.

Hospital di bahagian selatan juga dilaporkan menerima puluhan lagi mangsa.

Tentera penceroboh Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat, hanya beberapa minit selepas berakhirnya gencatan sementara.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :