Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menunjukkan Kupon Digital Rahmah bernilai RM5 sempena Kempen Platform Selangor (PLATS) di pasar malam Sri Andalas, Klang pada 21 November 2023. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

3,000 kupon digital diedar di pasar malam Bandar Baru Ampang Khamis ini

SHAH ALAM, 11 DIS: Sebanyak 3,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5 sempena Kempen Platform Selangor (PLATS) akan diedarkan kepada pengunjung pasar malam Bandar Baru Ampang Khamis ini.

Ketua Komunikasi Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata RM15,000 diperuntuk untuk agihan kupon percuma tersebut kepada pengunjung.

“Penggunaan Kupon Rahmah PLATS digital akan diedar kepada orang awam melalui kod respon pantas (QR) untuk pembelian di bazar 90 peniaga yang berdaftar.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut akan hadir untuk meninjau proses agihan itu. Orang ramai dijemput hadir untuk menebusnya melalui pembelian di bazar yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Azri berkata inisiatif ini untuk menggalak pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ di pasar terbabit selain membantu peniaga meningkat promosi jualan.

Kempen PLATS Masuk Pasar diadakan selama dua bulan bermula 19 November di 12 lokasi terpilih seluruh negeri dengan 20,000 kupon diedar kepada pengunjung.

PLATS yang diperkenal susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) tiga tahun lalu membantu golongan perusahaan kecil mikro sederhana mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan.


Pengarang :