Penduduk Palestin melihat kediaman mereka yang musnah dalam serangan Israel, di tengah-tengah gencatan senjata sementara antara Hamas dan Israel, di Khan Younis, Semenanjung Gaza pada 24 November 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

61 petugas media terbunuh sejak konflik Palestin-Israel meletus

MOSCOW, 2 DIS: Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.

“Pada 1 Dis, laporan awal CPJ mendapati daripada seramai 16,000 orang yang terbunuh sejak peperangan bermula pada 7 Okt lepas, termasuk sekurang-kurangnya 61 wartawan dan petugas media,” menurut CPJ.

Pada 7 Okt sahaja enam wartawan maut manakala pada 18 Nov lima dilaporkan terbunuh.

-BERNAMA-SPUTNIK


Pengarang :