Kanak-kanak Palestin yang cedera akibat serangan Israel duduk atas lantai di Hospital Nasser di Khan Yunis selatan Gaza pada 9 Disember 2023. Foto Reuters
AGENDANASIONAL

Angka kematian di Gaza kini cecah 20,258 orang

BANDARAYA GAZA (Palestin), 24 DIS: Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 20,258 nyawa dengan 53,688 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu mendedahkan seramai 201 orang terbunuh manakala 368 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Agensi Anadolu.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

– BERNAMA-ANADOLU

 


Pengarang :