Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat (tiga, kanan) meninjau dewan serbaguna di Kampung Sungai Terentang, Rawang baru-baru ini. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

Dewan serbaguna di Rawang siap dinaik taraf, manfaat 8,000 penduduk

SHAH ALAM, 21 DIS: Kerja menaik taraf dewan serbaguna di Kampung Sungai Terentang, Rawang membabitkan kos lebih RM150,000 siap sepenuhnya baru-baru ini.

Ahli Dewan Negerinya Chua Wei Kiat berkata dewan orang ramai yang dilengkapi gelanggang bola keranjang itu mampu memanfaatkan sekitar 8,000 penduduk.

Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat

“Syukur, kerja menaik taraf dewan dan gelanggang bola keranjang siap sepenuhnya dan terima kasih Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM152,000.

“Antara yang dibaik pulih termasuklah menukar lantai pejabat, mengecat dan menambah bumbung di kawasan dewan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam memastikan prasarana di Rawang sentiasa terjaga, Wei Kiat berkata pihaknya bersedia mempertingkatkan projek membaikpulih.

“Pasukan Pusat Khidmat DUN Rawang akan memastikan kemudahan awam antaranya jalan, dewan, rumah ibadat, pasar awam di semua kampung dan taman perumahan dapat dipertingkatkan,” jelasnya.


Pengarang :